top of page

Soalan Lazim

01.

Apa itu INFT?

INFT merupakan Platform Syarikat Fintech yang memiliki syarikat pinjaman wang berlesen, Pay I88 Sdn. Bhd. untuk menyediakan penyelesaian kewangan kepada perniagaan.

02.

Bagaimana cara saya ingin memohon?

Isi permohonan di ruang utama pada bahagian “Mohon sekarang”.

03.

Berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk proses permohonan?

Anda hanya memerlukan 3 minit sahaja untuk mengisi permohonan sekiranya semua dokumen lengkap.

04.

Berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk proses permohonan?

  1. Setelah dokumen lengkap dihantar, INFT akan memberikan maklum balas dalam tempoh masa 3 jam.

  2. Setelah permohonan pengeluaran dihantar, pinjaman akan dikreditkan dalam akaun bank berkenaan dalam tempoh masa 3 jam.

 

*Jika permohonan diterima pada hari Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi - 4.00 petang.

**Setelah duti setem dijelaskan, satu salinan perjanjian yang telah disetemkan akan diserahkan kepada peminjam.

05.

Apakah dokumen yang diperlukan?

Dokumen wajib:

  1. Kad pengenalan semua pengarah/rakan kongsi (depan dan belakang).

  2. Dokumen rasmi pendaftaran perniagaan bawah SSM (Contoh: Seksyen 14,15,17 dan 58).

  3. Penyata akaun bank perniagaan yang terkini sepanjang tempoh 6 bulan.

  4. Laporan perakaunan terkini yang telah diaudit sepanjang tempoh setahun.

  5. Borang B dan resit cukai yang terkini milik pengarah.

06.

Adakah pinjaman akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun bank setelah mendapat kelulusan?

Setelah permohonan pinjaman dihantar, kami akan berikan maklum balas dalam tempoh masa 3 jam. Pinjaman akan dikreditkan dalam akaun bank berkenaan dalam tempoh 3 jam setelah permintaan diterima.

 

*Jika permohonan diterima pada hari Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi - 4.00 petang.

**Setelah duti setem dijelaskan, satu salinan perjanjian yang telah disetemkan akan diserahkan kepada peminjam.

07.

Apakah penyelesaian kewangan yang disediakan?

Pinjaman Perniagaan:

Pembayaran balik dalam tempoh 6 atau 12 bulan.

08.

Adakah perniagaan saya layak untuk mendapat pinjaman kemudahan aliran tunai perniagaan?

Syarat kelayakan untuk platfom INFT, perniagaan anda haruslah:

  1. Syarikat IKS Milikan Tempatan (Sdn. Bhd.).

  2. Beroperasi dan aktif sekurang-kurangnya 1 tahun.

  3. Umur pengarah daripada 18 hingga 65 tahun.

09.

Adakah anda Pemberi Pinjaman Wang berlesen yang sah?

Pay I88 Sdn. Bhd. merupakan syarikat pinjaman wang berlesen [WL7275/10/01-2/161223] tempoh sah: [17/12/2021-16/12/2023] yang dikawal selia dan diluluskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

10.

Bagaimana saya boleh mendapatkan kepastian bahawa data saya selamat bersama INFT Malaysia?

Semua data peribadi anda akan dikawal dan disimpan dengan selamat. Pihak kami tidak akan kongsi, jual atau dedah sebarang data peribadi pelanggan dengan pihak ketiga (kecuali diperlukan oleh undang-undang).

11.

Bagaimana cara untuk menghubungi INFT Malaysia?

Anda boleh mengubungi kami melalui e-mel cs@inft.com.my atau whatsApp/hubungi melalui +6018-7928328.

bottom of page